Kindaichi
Situasi 1

Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"
Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor , datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina , Burma , Vietnam , semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"



Situasi 2

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas

"Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."

Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........"
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak


Situasi 3

Ada seorang pemuda ke kedai mamak dan dia hanya ada 70 sen semasa itu.. Kemudian pemuda itu bertanyakan kepada mamak berapa harga teh tarik panas dan sejuk.Lalu mamak menjawab"Panas 70 sen" dan "Sejuk RM 1.20".Pemuda meminta satu teh panas. Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum tanpa berlengah-lengah lagi. Mamak bertanya lagi kepada pemuda itu kenapa minum begitu cepat. Pemuda itu pun menjawab "kalau saya tunggu lama-lama nanti sejuk tak pasal-pasal saya kena bayar RM 1.20". Mamak tu pun tercenggang-cengang...

wakakakaka..


Situasi 4

Antara loghat utara
dgn loghat pantai timur,
yg mana lebih munasabah?
jawapannya loghat pantai timur..
cuba perhatikan dialog dibawah..

bahasa malaysia standard:"dia pergi ke rumah jiran
utk mencari emaknya tetapi emaknya tiada disitu.."

loghat utara:"dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia,pi pi mak dia takdak.."

loghat pantai timur:"dio gi ghumoh jire dio nak caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok"

kesimpulan:tak mungkin pipi maknya tiada, tetapi kalau gigi emaknya tiada, mmg munasabah hehehe..

kuangkuang.....


Situasi 5

Satu hari, Atan dan Mael pergi berburu dipinggir hutan.Malangnya belum sempat dapat habuan,Mael
diterkam pak belang.Atan yg terkenal kerana kelam kabutnya terus berlari ke balai polis

Atan: sss..sssee..selamat pagi tuan..

Polis:selamat pagi..apa hal tercungap2 ni.

Atan:ssa...saayyaa nak buat report tuan..

Polis:report pasal apa?

Atan:pasal kawan saya dibaham harimau

Polis:ha! dibaham harimau? pukul berapa?

Atan:tak..dia tak dipukul..dia diterkam..

Polis:habis..?

Atan:tak habis tuan,tinggal kepala...

ngeri beb..terkejut rimau polis tu..


Situasi 6

SEORANG pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya pada penjaga bilik berkenaan.
POLIS : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
PENJAGA : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba di serang strok. Lelaki kedua pula khabar nya menang loteri dan mati di serang sakit jantung, manakala yang ketiga di sambar petir.
POLIS : Ha....kenapa disambar petir pun tersenyum?
PENJAGA : Masa itu dia ingat orang sedang ambil gambarnya

guna SLR Dx60 kot..hehe..
Labels: 0 comments |
Kindaichi

Cinta Luar Biaaaaosa

Bukan Orang Biasa
( nyanyi ikut tune lagu Bukan Cinta 
Biasa - Siti Nurhaliza )

Begitu banyak lebuhraya
Ada retak dan tak rata
Tapi Menteri Kerja Raya
Bukanlah orang biasa

Projek projek yang berbeza
beri kontraktor yang sama
Ku tak ingin rakyat tahu
Tetapi mereka selalu bertanya

Diriku bukan orang biasa
Diriku Menteri Kerja Raya
Tak perlu dipaksa
Tak perlu ditanya
kerna ku yakin tiada jawabnya oohh...

> > Walau ku bisa merubah semua
> > Hingga tiada orang tercedera
> > Tapi biarlah terkorban nyawa
> > Akan aku salahkan takdir nya

MRR2 keretakan
Pantai Timur tak rata
Utara Selatan runtuh
Hospital diserang kulat pula

> > Diriku bukan orang biasa
> > Diriku Menteri yang lama
> > Tak ingin berhenti
> > Tak ingin berganti
> > Peduli apa orang nak kata

Andai ku mahu repair semua
Ku beri kontraktor yang sama
Highway kan runtuh telah diduga
Jangan harap ku letak ..jawatann ....



p/s; Selamat jalan romeo..
Kindaichi

Kisah Tandas

Satu hari ketika baru saja tiba dr kuantan, aku singgah sekejap di KLCC. Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai,tiba-tiba perut aku terasa memulas.

Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu. Masuk saja kat situ, aku tengok ada 3 bilik air. Satu tu bertutup, so aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah. 

"Haa,camna sekarang ?" 

Aku pun bukan suka nak berbual ngan orang yang aku tak kenal kat tandas tu. Ntah camna, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". 

Kemudian suara tu bertanya lagi "Ko nak gi mana ni??" 

Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata "Aku nak balik, singgah sini nak beli brg sikit" 

Lepas suara tu bertanya lagi "Bila ko nak gerak ni??" 

Aku selamba jer kata "Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la". 

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata 

"Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!! 

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap... ;-) 
Labels: 0 comments |
Kindaichi

Doa BuaT keKasiH

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang Ya Allah....

Seandainya telah Engkau catatkan....
Dia milikku tercipta buatku....
Satukanlah hatinya dengan hatiku....
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi....
Ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi....
Seiringkanlah kami melayari hidup ini....
Ketepian yang sejahtera dan abadi.... 
Maka jodohkanlah kami....
Tetapi ya Allah....

Seandainya telah Engkau takdirkan ....
Dia bukan milikku.... 
Bawalah dia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah dia dari ingatanku....
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan....
Menolak bayangannya jauh ke dada langit....
Hilang bersama senja yang merah....
Agarku sentiasa tenang....
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta... 

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan.... 
Adalah yang terbaik untuk ku... 
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui....
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini....
Ya Allah..... 

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku....
Di dunia dan di akhirat....
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian....
Di dunia ini mahupun di akhirat... 
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran....
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman....
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai....
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.... 
Ya Allah..... 

Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api neraka.... 
AMIN...AMIN...AMIN.... Ya rabbal 'aalamiin...