Kindaichi
HIGHWAY 

SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG 
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.
South Bound
*Penang Bridge island end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.


SPEED TRAPS IN PERAK

North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamunting junction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsar junction.
*Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.

klu lupa tu lupa gak
Kindaichi
Pk sejenak

Dlm bnyk2 binatang….. bntg ape yg bertelur dan beranak….
niiii diaaa….. ha  jawapan tu…. …siput babilaaaaa…..ye la siput bertelur…babi beranak….


Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?

Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air
terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!


Binatang apa berteloq kt tengkok...huih ape daaa.....

Ebeg (Kuda Kepang) by agusset.
See betui dak...hikhik..



Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?

jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

bunga pisang yang hampir menjadi buah by ahmadkamal.


Kindaichi
If you wish to have a professional shared hosting quality in a free hosting package, come and host with 000webhost.com and experience the best service you can get absolutely free. 

Founded in December 2006, 000webhost.com has a trusted free hosting members base of over 60,000 members and still counting! Offering professional quality hosting, support, uptime and reliability, we have a great community of webmasters, you'd love to be a part of! 

Register now and get it all free: 
*** 1500 MB of disk space 
*** 100 GB of data transfer
*** PHP and MySQL support with no restrictions
*** cPanel control panel
*** Website Builder
*** Absolutely no advertising! 

Join us now: http://www.000webhost.com/140924.html
Labels: 0 comments |
Kindaichi
 Malam ni sekali lg 2 gergasi england bertemu. Masing2 dgn misi dan visi untuk menang.. Liverpool masih gah dengan kemenangan aggregat 4-1 manakala ManU keatas inter milan 2-0.. Siapa lebih gah ManU ka Liverpool.. 

8.45pm waktu m'sia..huhu...


ManU menang kot 2-1..hehe.. glory2 man U.. 
Kindaichi
Pertama-tamanya nk ucap tahniah pasal Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan dua hari lalu. Menurut Utusan Malaysia, Nik Nur Madihah -- Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan -- apa yang menyedihkan keluarganya tinggal di rumah usang ini. Dia berjaya membuktikan, kesempitan hidup bukan lah penghalang dia utk terus berjaya dan sekaligus dapat meneruskan cita2 untuk bergelar ahli fizik. 

Rentetan itu banyak la pulak yg melahirkan rasa sebak membaca kisah Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal yang tinggal di pondok usang dalam sebuah keluarga nelayan miskin namun masih mampu mencatat keputusan cemerlang 20A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Setelah kejayaan Nik Nur Madihah disiarkan melalui media massa, dia dijemput menerima sumbangan dari Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapa Mohamed dalam satu majlis baru-baru. Sehari selepas itu, Menteri Besar Kelantan Dato Nik Aziz Nik Mat pula mengunjungi beliau di rumah. Bertalu talu bagi sumbangan.hehe.. Tula untung jd budak pandai nie..

Memang namanya 'politik' tul la kat Malaysia ni, sy rasa selepas nie tak perlu terkejut sekiranya selepas ini ramai la ahli-ahli politik, tokah2 koprat and so on..yg akan memberikan sumbangan kepada beliau dan keluarganya. Sy tak mau bersikap negatif dalam hal ini, maka marilah kita sama-sama ucapkan terima kasih kpd ahli-ahli politik dan koprat malaysia yang memberikan sumbangan tu..

p/s: huih berebut-rebut nk tunjuk belang ;)
Kindaichi

Lagu Evergreen.... Semua orang tau..

Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to.........
Happy birthday to you.

Haaa,....tu lagu orang putih..........mmg tak di nafikan la lagu nie mmg seanterio dunia tau..hikhik..
Aku dah try selidik dah ada 1 lagu nie mmg semua org especially MELAYU.. Tau punya..
,.. sapa tak tau memang @##^@% la dia tu...

"Pok amai-amai
belalang kupu-kupu
tepuk bagi pandai
emak upah susu
susu lemak manis
santan kelapa muda
adik jangan menangis
emak buat kerja"

Dari yang muda sampai tua bangka.. semua org tau lagu nie..hehe.evergreen gila lagu ni...sampai skrg pon still ada org nyanyikan..memang sukar nak digambarkan sape la yang cipta lagu yg berhantu lagi berkuliti..lagu ni kekal sampai skrg...aku rasa dah beratus2 tahun kot lagu ni...kalo lagu m nasir, agak2 nye tahun 2200 nanti still ada org ingat ke???aku rasa tak. tapi lagu ni bleh kekal sampai skrg...impak nye hebat...bertahun2 kekal lagu ni...
cuba usha lirik lagu tu...ada sebut "Belalang", "kupu-kupu", "kelapa muda"...pencipta lagu ni masukkan unsur2 atau elemen2 alam sekeliling...mungkin ketika dia cipta lagu ni, keadaan sekeliling penuh dgn unsur2 alam yg skrg ni nak tgk kupu-kupu atau rama-rama pon kena pegi Taman Rama-rama...

sampaikan...lagu ni berjaya mencuri perhatian baby tu dari mak dia yg busy buat keje ataupun utk tidurkan baby tu...lagu simple...tapi percayala perhatian baby tu mesti berjaya dialihkan...try la sendiri...bahasa yg lembut yg digunakan oleh ibu dlm lagu ni dapat melekakan anaknye...baby, bila kita sebut pasal haiwan mesti dia excited...sebab tu ibu nye sebut ttg "belalang" dan "kupu-kupu"...

aku rasa byk lagi lagu2 rakyat yang semakin lama semakin kita lupa...org melayu kita kaya dgn budi bahasa, pemikiran yg bernas dan adat resam...cuma kita org melayu makin lupa diri...sehebat mana pon kita, kena ingat asal-usul...kdg2 rasa hebat, tak hidup cara org melayu tapi nyanyi gak lagu "Pok Amai-amai"...marilah kita rungkai kan lagu2 rakyat yg lain...

Kadang2 pepagi lebih bermakna dengan menaip..
renung2kan dan selamat beramal..huh..



Kindaichi



   


Betapa kontrovesi tempat ni..
Masjid Ubudiah berdekatan dengan Istana Iskandariah bukit candan....






Labels: |
Kindaichi
  BERSIDANG di bawah pokok! Jika sebelum ini ia hanya menjadi bahan lawak, pakatan pembangkang menjadikannya satu realiti. Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dipengerusikan Speaker, V. Sivakumar yang dirancang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan akhirnya berlangsung di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta kira-kira 100 meter daripada bangunan tersebut. Kedegilan pemimpin pembangkang mengadakan sidang itu walaupun dilarang pihak polis menggambarkan sikap sebenar mereka yang langsung tidak mempedulikan kedaulatan undang-undang. Doa dibacakan oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki yang baru sehari dilantik. Ia juga menandakan sidang di bawah pokok bermula. Apa yang berlaku ini bukan lagi perkara pelik dalam senario politik negara sekarang, lebih-lebih lagi membabitkan parti pembangkang. Jika tujuan mereka mahu membubarkan DUN selain menyokong kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, itu boleh dilakukan di mahkamah. Namun mereka memilih untuk melakukan provokasi. Tujuannya untuk menguji sejauh mana pihak polis akan bertindak ke atas mereka. Jika berjaya, ini akan dijadikan pula 'modal' politik bagi meraih undi menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak 7 April ini. Tidak sukar lagi untuk menjangka taktik dan strategi golongan ini. Kesanggupan mereka berdepan dengan sebarang kemungkinan selama ini telah terbukti menjadi 'azimat' dalam usaha meraih simpati masyarakat. Tidak mustahil 'kelembutan' pihak polis mengambil tindakan ke atas kumpulan-kumpulan begini menyebabkan mereka 'lebih berkuasa daripada pihak berkuasa. 'Walaupun sedar menjalankan sidang di bawah pokok tidak akan mengubah apa-apa keputusan sebelum ini, apatah lagi hak untuk membubarkan DUN terletak di bawah kuasa Sultan tetapi matlamat mereka hanyalah 'untuk menarik perhatian.' Justeru, mereka memilih untuk 'memalukan' negara menerusi tindakan-tindakan luar biasa dan kenyataan-kenyataan kesat di kain rentang. Hakikatnya, pakatan pembangkang telah diberi kesempatan untuk mentadbir Perak selama 11 bulan sebelum ini. Dalam tempoh itu, mereka sepatutnya dapat membuktikan kemampuan yang ada untuk melakukan segala kebajikan dan kebaikan untuk masa depan rakyat. Malangnya, tiada apa yang boleh dibanggakan lebih-lebih lagi oleh masyarakat Melayu tentang apa yang telah dilaksanakan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin. Lebih malang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sanggup menjadi 'kuda tunggangan' sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencapai maksud politik mereka yang terselindung selama ini. Negara kini berhadapan dengan cabaran ekonomi. Bagi pemimpin yang waras akal fikirannya, ini sewajarnya dijadikan fokus utama mereka dalam mencari jalan atau ruang ke arah mengurangkan beban rakyat. Maknanya, jika pemimpin itu sama ada mewakili kerajaan atau pembangkang berjiwa murni dan ikhlas untuk membantu rakyat, mereka tidak akan sanggup melakukan tindakan yang menyusahkan rakyat. Jika Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih hidup, beliau pasti tertawa melihat babak jenaka ketua hilang kuasa yang diselitkan dalam filem arahan terakhirnya, Laksamana Do Re Mi. Antara babak menarik dalam filem itu ialah tentang persidangan negeri Pasir Dua Butir yang terpaksa berlangsung di bawah pokok dalam kawasan lapang akhirnya benar-benar menjadi realiti dalam senario politik Perak.


Teringat cite p.ramlee siap pakai topi fire brigade.... :) hehe...