Kindaichi
Pertama-tamanya nk ucap tahniah pasal Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan dua hari lalu. Menurut Utusan Malaysia, Nik Nur Madihah -- Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan -- apa yang menyedihkan keluarganya tinggal di rumah usang ini. Dia berjaya membuktikan, kesempitan hidup bukan lah penghalang dia utk terus berjaya dan sekaligus dapat meneruskan cita2 untuk bergelar ahli fizik. 

Rentetan itu banyak la pulak yg melahirkan rasa sebak membaca kisah Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal yang tinggal di pondok usang dalam sebuah keluarga nelayan miskin namun masih mampu mencatat keputusan cemerlang 20A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Setelah kejayaan Nik Nur Madihah disiarkan melalui media massa, dia dijemput menerima sumbangan dari Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapa Mohamed dalam satu majlis baru-baru. Sehari selepas itu, Menteri Besar Kelantan Dato Nik Aziz Nik Mat pula mengunjungi beliau di rumah. Bertalu talu bagi sumbangan.hehe.. Tula untung jd budak pandai nie..

Memang namanya 'politik' tul la kat Malaysia ni, sy rasa selepas nie tak perlu terkejut sekiranya selepas ini ramai la ahli-ahli politik, tokah2 koprat and so on..yg akan memberikan sumbangan kepada beliau dan keluarganya. Sy tak mau bersikap negatif dalam hal ini, maka marilah kita sama-sama ucapkan terima kasih kpd ahli-ahli politik dan koprat malaysia yang memberikan sumbangan tu..

p/s: huih berebut-rebut nk tunjuk belang ;)
0 Responses