
Malam ni sekali lg 2 gergasi england bertemu. Masing2 dgn misi dan visi untuk menang.. Liverpool masih gah dengan kemenangan aggregat 4-1 manakala ManU keatas inter milan 2-0.. Siapa lebih gah ManU ka Liverpool..
8.45pm waktu m'sia..huhu...
ManU menang kot 2-1..hehe.. glory2 man U..

Pertama-tamanya nk ucap tahniah pasal Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan dua hari lalu. Menurut Utusan Malaysia, Nik Nur Madihah -- Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan -- apa yang menyedihkan keluarganya tinggal di rumah usang ini. Dia berjaya membuktikan, kesempitan hidup bukan lah penghalang dia utk terus berjaya dan sekaligus dapat meneruskan cita2 untuk bergelar ahli fizik.
Rentetan itu banyak la pulak yg melahirkan rasa sebak membaca kisah Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal yang tinggal di pondok usang dalam sebuah keluarga nelayan miskin namun masih mampu mencatat keputusan cemerlang 20A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Setelah kejayaan Nik Nur Madihah disiarkan melalui media massa, dia dijemput menerima sumbangan dari Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapa Mohamed dalam satu majlis baru-baru. Sehari selepas itu, Menteri Besar Kelantan Dato Nik Aziz Nik Mat pula mengunjungi beliau di rumah. Bertalu talu bagi sumbangan.hehe.. Tula untung jd budak pandai nie..
Memang namanya 'politik' tul la kat Malaysia ni, sy rasa selepas nie tak perlu terkejut sekiranya selepas ini ramai la ahli-ahli politik, tokah2 koprat and so on..yg akan memberikan sumbangan kepada beliau dan keluarganya. Sy tak mau bersikap negatif dalam hal ini, maka marilah kita sama-sama ucapkan terima kasih kpd ahli-ahli politik dan koprat malaysia yang memberikan sumbangan tu..
p/s: huih berebut-rebut nk tunjuk belang ;)

BERSIDANG di bawah pokok! Jika sebelum ini ia hanya menjadi bahan lawak, pakatan pembangkang menjadikannya satu realiti. Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dipengerusikan Speaker, V. Sivakumar yang dirancang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan akhirnya berlangsung di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta kira-kira 100 meter daripada bangunan tersebut. Kedegilan pemimpin pembangkang mengadakan sidang itu walaupun dilarang pihak polis menggambarkan sikap sebenar mereka yang langsung tidak mempedulikan kedaulatan undang-undang. Doa dibacakan oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki yang baru sehari dilantik. Ia juga menandakan sidang di bawah pokok bermula. Apa yang berlaku ini bukan lagi perkara pelik dalam senario politik negara sekarang, lebih-lebih lagi membabitkan parti pembangkang. Jika tujuan mereka mahu membubarkan DUN selain menyokong kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, itu boleh dilakukan di mahkamah. Namun mereka memilih untuk melakukan provokasi. Tujuannya untuk menguji sejauh mana pihak polis akan bertindak ke atas mereka. Jika berjaya, ini akan dijadikan pula 'modal' politik bagi meraih undi menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak 7 April ini. Tidak sukar lagi untuk menjangka taktik dan strategi golongan ini. Kesanggupan mereka berdepan dengan sebarang kemungkinan selama ini telah terbukti menjadi 'azimat' dalam usaha meraih simpati masyarakat. Tidak mustahil 'kelembutan' pihak polis mengambil tindakan ke atas kumpulan-kumpulan begini menyebabkan mereka 'lebih berkuasa daripada pihak berkuasa. 'Walaupun sedar menjalankan sidang di bawah pokok tidak akan mengubah apa-apa keputusan sebelum ini, apatah lagi hak untuk membubarkan DUN terletak di bawah kuasa Sultan tetapi matlamat mereka hanyalah 'untuk menarik perhatian.' Justeru, mereka memilih untuk 'memalukan' negara menerusi tindakan-tindakan luar biasa dan kenyataan-kenyataan kesat di kain rentang. Hakikatnya, pakatan pembangkang telah diberi kesempatan untuk mentadbir Perak selama 11 bulan sebelum ini. Dalam tempoh itu, mereka sepatutnya dapat membuktikan kemampuan yang ada untuk melakukan segala kebajikan dan kebaikan untuk masa depan rakyat. Malangnya, tiada apa yang boleh dibanggakan lebih-lebih lagi oleh masyarakat Melayu tentang apa yang telah dilaksanakan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin. Lebih malang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sanggup menjadi 'kuda tunggangan' sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencapai maksud politik mereka yang terselindung selama ini. Negara kini berhadapan dengan cabaran ekonomi. Bagi pemimpin yang waras akal fikirannya, ini sewajarnya dijadikan fokus utama mereka dalam mencari jalan atau ruang ke arah mengurangkan beban rakyat. Maknanya, jika pemimpin itu sama ada mewakili kerajaan atau pembangkang berjiwa murni dan ikhlas untuk membantu rakyat, mereka tidak akan sanggup melakukan tindakan yang menyusahkan rakyat. Jika Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih hidup, beliau pasti tertawa melihat babak jenaka ketua hilang kuasa yang diselitkan dalam filem arahan terakhirnya, Laksamana Do Re Mi. Antara babak menarik dalam filem itu ialah tentang persidangan negeri Pasir Dua Butir yang terpaksa berlangsung di bawah pokok dalam kawasan lapang akhirnya benar-benar menjadi realiti dalam senario politik Perak.
Teringat cite p.ramlee siap pakai topi fire brigade.... :) hehe...

Rukun Negara...Tanda kita sebagai rakyat Malaysia
Rukun Negara
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KADAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
Dulu masa sekolah rendah selalu di beri penerangan tentang rukun negara ni. Bila masuk sekolah menengah mula benda ni di tinggalkan. TerPK pulak apatah lagi sekolah bukan sekolah kebangsaan.. Ada ke di ajar tentang Rukan negara nie.,.hurm.. Renung2 kan la apa yg terjadi sekarang ni. Siapa yg harus dipersalahkan.. Lupa, Alpa ke Terlupa akan adanya RUKUN NEGARA.. DAULAT TUANKU..

Dah lama gila tgu cite nie kuar.

Dragon ball evolution.. Erm bukan keluaran japan tp holiwood. Akhirnya keluar juga..hehe.. tak tau bila nk tayang..huhu. April nie kot..
Cita ni cam 1lagenda pulak, masa aku zaman sekolah menengah., Dragon ball atau mutiara naga ni sampai jd topic semasa la., komic alih bahasa mutiara naga pulak cam goreng pisang ke 'pisang goreng' ;)-.. time tu. Pastu keluar versi katun pulak kt TB.

Best tu.. Kameha mehaa.. Koo poo hei kong.Awan terbang..kayu panjang..Capsul dari bulma.huh. ingat lagi tu... Tentang cita ni pula.. Masa tu RTM tunjuk versi alih bahasa melayu 'B4 tu tv Metrovision dah tayang cite ni'.

Tp kt kawasan aku mmg tak dapat siaran tu.. Memang fun tahap dewa naga la..hehe. Setiap Sabtu & Ahad pukul 9 pagi. Semua budak2 atau peminat cite nie tunggu.
Watak yg aku ingat..hehe
i. Goku
ii.Bulma
iii. Pendekar penyu
iv.chi-chi
v.Pikoro
vi..huh banyak sangat la nk taip...sampai berkembang ke anak2 goku..
Pas abih dragon ball ade pulak dragon ball Z...

Akira Toriyama..
suka perkembangan watak Goku dan anak2 dia... Pastu Dragon ball GT yg lebih hebat..hehe. Tabik spring la kt Akira Toriyama..
Hurm..skrg nie layan cite bleach..naruto..;)..