Lagu Evergreen.... Semua orang tau..
Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to.........
Happy birthday to you.
Haaa,....tu lagu orang putih..........mmg tak di nafikan la lagu nie mmg seanterio dunia tau..hikhik..
Aku dah try selidik dah ada 1 lagu nie mmg semua org especially MELAYU.. Tau punya..
,.. sapa tak tau memang @##^@% la dia tu...
"Pok amai-amai
belalang kupu-kupu
tepuk bagi pandai
emak upah susu
susu lemak manis
santan kelapa muda
adik jangan menangis
emak buat kerja"
Dari yang muda sampai tua bangka.. semua org tau lagu nie..hehe.evergreen gila lagu ni...sampai skrg pon still ada org nyanyikan..memang sukar nak digambarkan sape la yang cipta lagu yg berhantu lagi berkuliti..lagu ni kekal sampai skrg...aku rasa dah beratus2 tahun kot lagu ni...kalo lagu m nasir, agak2 nye tahun 2200 nanti still ada org ingat ke???aku rasa tak. tapi lagu ni bleh kekal sampai skrg...impak nye hebat...bertahun2 kekal lagu ni...
cuba usha lirik lagu tu...ada sebut "Belalang", "kupu-kupu", "kelapa muda"...pencipta lagu ni masukkan unsur2 atau elemen2 alam sekeliling...mungkin ketika dia cipta lagu ni, keadaan sekeliling penuh dgn unsur2 alam yg skrg ni nak tgk kupu-kupu atau rama-rama pon kena pegi Taman Rama-rama...
sampaikan...lagu ni berjaya mencuri perhatian baby tu dari mak dia yg busy buat keje ataupun utk tidurkan baby tu...lagu simple...tapi percayala perhatian baby tu mesti berjaya dialihkan...try la sendiri...bahasa yg lembut yg digunakan oleh ibu dlm lagu ni dapat melekakan anaknye...baby, bila kita sebut pasal haiwan mesti dia excited...sebab tu ibu nye sebut ttg "belalang" dan "kupu-kupu"...
aku rasa byk lagi lagu2 rakyat yang semakin lama semakin kita lupa...org melayu kita kaya dgn budi bahasa, pemikiran yg bernas dan adat resam...cuma kita org melayu makin lupa diri...sehebat mana pon kita, kena ingat asal-usul...kdg2 rasa hebat, tak hidup cara org melayu tapi nyanyi gak lagu "Pok Amai-amai"...marilah kita rungkai kan lagu2 rakyat yg lain...
Kadang2 pepagi lebih bermakna dengan menaip..
renung2kan dan selamat beramal..huh..

BERSIDANG di bawah pokok! Jika sebelum ini ia hanya menjadi bahan lawak, pakatan pembangkang menjadikannya satu realiti. Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dipengerusikan Speaker, V. Sivakumar yang dirancang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan akhirnya berlangsung di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta kira-kira 100 meter daripada bangunan tersebut. Kedegilan pemimpin pembangkang mengadakan sidang itu walaupun dilarang pihak polis menggambarkan sikap sebenar mereka yang langsung tidak mempedulikan kedaulatan undang-undang. Doa dibacakan oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki yang baru sehari dilantik. Ia juga menandakan sidang di bawah pokok bermula. Apa yang berlaku ini bukan lagi perkara pelik dalam senario politik negara sekarang, lebih-lebih lagi membabitkan parti pembangkang. Jika tujuan mereka mahu membubarkan DUN selain menyokong kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, itu boleh dilakukan di mahkamah. Namun mereka memilih untuk melakukan provokasi. Tujuannya untuk menguji sejauh mana pihak polis akan bertindak ke atas mereka. Jika berjaya, ini akan dijadikan pula 'modal' politik bagi meraih undi menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak 7 April ini. Tidak sukar lagi untuk menjangka taktik dan strategi golongan ini. Kesanggupan mereka berdepan dengan sebarang kemungkinan selama ini telah terbukti menjadi 'azimat' dalam usaha meraih simpati masyarakat. Tidak mustahil 'kelembutan' pihak polis mengambil tindakan ke atas kumpulan-kumpulan begini menyebabkan mereka 'lebih berkuasa daripada pihak berkuasa. 'Walaupun sedar menjalankan sidang di bawah pokok tidak akan mengubah apa-apa keputusan sebelum ini, apatah lagi hak untuk membubarkan DUN terletak di bawah kuasa Sultan tetapi matlamat mereka hanyalah 'untuk menarik perhatian.' Justeru, mereka memilih untuk 'memalukan' negara menerusi tindakan-tindakan luar biasa dan kenyataan-kenyataan kesat di kain rentang. Hakikatnya, pakatan pembangkang telah diberi kesempatan untuk mentadbir Perak selama 11 bulan sebelum ini. Dalam tempoh itu, mereka sepatutnya dapat membuktikan kemampuan yang ada untuk melakukan segala kebajikan dan kebaikan untuk masa depan rakyat. Malangnya, tiada apa yang boleh dibanggakan lebih-lebih lagi oleh masyarakat Melayu tentang apa yang telah dilaksanakan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin. Lebih malang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sanggup menjadi 'kuda tunggangan' sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencapai maksud politik mereka yang terselindung selama ini. Negara kini berhadapan dengan cabaran ekonomi. Bagi pemimpin yang waras akal fikirannya, ini sewajarnya dijadikan fokus utama mereka dalam mencari jalan atau ruang ke arah mengurangkan beban rakyat. Maknanya, jika pemimpin itu sama ada mewakili kerajaan atau pembangkang berjiwa murni dan ikhlas untuk membantu rakyat, mereka tidak akan sanggup melakukan tindakan yang menyusahkan rakyat. Jika Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih hidup, beliau pasti tertawa melihat babak jenaka ketua hilang kuasa yang diselitkan dalam filem arahan terakhirnya, Laksamana Do Re Mi. Antara babak menarik dalam filem itu ialah tentang persidangan negeri Pasir Dua Butir yang terpaksa berlangsung di bawah pokok dalam kawasan lapang akhirnya benar-benar menjadi realiti dalam senario politik Perak.
Teringat cite p.ramlee siap pakai topi fire brigade.... :) hehe...

Rukun Negara...Tanda kita sebagai rakyat Malaysia
Rukun Negara
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KADAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
Dulu masa sekolah rendah selalu di beri penerangan tentang rukun negara ni. Bila masuk sekolah menengah mula benda ni di tinggalkan. TerPK pulak apatah lagi sekolah bukan sekolah kebangsaan.. Ada ke di ajar tentang Rukan negara nie.,.hurm.. Renung2 kan la apa yg terjadi sekarang ni. Siapa yg harus dipersalahkan.. Lupa, Alpa ke Terlupa akan adanya RUKUN NEGARA.. DAULAT TUANKU..